Marquee

Selamat datang ke blog rasmi Pre-Medic Shahputra | Sebarang maklumat lanjut sila layari www.universitycollegeshahputra.edu.my atau hubungi kami di talian 09.573.7777 atau terus kepada 0113.913.5871

Monday 2 September 2013

PELUANG MASIH DIBUKA UNTUK KE FOUNDATION IN SCIENCE UCSA SEPTEMBER 2013

Sekali lagi hari ini Admin muncul untuk satu berita baik kepada anda semua yang berminat untuk menyambung pengajian ke Foundation in Science UCSA bagi sesi September 2013. Kami di UCSA faham dengan situasi terkini di mana terdapat pelbagai rumours ataupun khabar angin berkenaan dengan tarikh pendaftaran pelajar ke UCSA ni.

Mulanya Admin terbaca di satu blog ni, tarikh pendaftaran ditunda ke 16 September 2013, tiba-tiba semalam tarikh dari 16 bertukar pula ke 17 September 2013. Ingin Admin jelaskan sekali lagi kepada adik-adik, ibu bapa dan mana-mana pihak yang berminat dengan Foundation in Science UCSA, pihak UCSA tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tarikh-tarikh di atas melainkan tarikh rasmi pendaftaran MBBS and Foundation in Science UCSA, pada 2 September 2013 (Semalam).

Kepada para pelajar yang masih lagi berminat dengan Foundation in Science, anda masih boleh mendaftar sehingga Jumaat ini. Kami mengalu-alukan kehadiran anda di UCSA dan rebutlah peluang yang masih dibuka ini.

No comments:

Post a Comment