Marquee

Selamat datang ke blog rasmi Pre-Medic Shahputra | Sebarang maklumat lanjut sila layari www.universitycollegeshahputra.edu.my atau hubungi kami di talian 09.573.7777 atau terus kepada 0113.913.5871

Tuesday 17 September 2013

Pameran di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua!

Tanggal 12 September 2013 yang lalu, telah berlangsungnya satu sesi taklimat dan perjumpaan pelajar dan ibubapa dengan badan-badan professional bersama pihak IPT yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Disamping memberikan maklumat mengenai program Foundation in Science dan juga MBBS, pihak UCSA juga telah membuat satu sesi profiling bagi program MBBS sepanjang hari tersebut.


Para pelajar bersama ibubapa mendapatkan penjelasan daripada pihak UCSA

Dr. Mahmood bin Abu Yusoof, Pemangku Dekan Fakulti Perubatan UCSA bersama pelajar yang ingin ditemuduga bagi program MBBS

Tuesday 10 September 2013

HELLO, Putrajaya!

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua! Disini terdapat satu berita baik untuk adik-adik diluar sana.

Satu sesi taklimat dan perjumpaan pelajar dengan badan-badan professional bersama pihak IPT yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam akan diadakan pada 12 September 2013 (Khamis).

Perjumpaan ini diadakan sebagai satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat jika mereka berminat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Ibu bapa dan pelajar dijemput hadir ke:


  • Lokasi: Dewan Za'aba, Aras Tanah, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya.
  • Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang


Program ini akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II.

Jumpa anda disana!

Monday 9 September 2013

BLOG PRE-MEDIC UCSA BERWAJAH BARU???

Setelah dipersetujui dengan beberapa siri perbincangan, kini blog Pre-Medic UCSA akan berwajah baru. Sebenarnya tak lah berubah banyak mana pun. Cuma lebih jelas dan mesra pengguna. Apa pun, Admin bagi pihak UCSA mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi mengikuti perkembangan blog ini dari semasa ke semasa. Kalau malu nak bertanya secara panggilan telefon, anda boleh mengajukan sebarang soalan di Chat Box yang terdapat di sudut kanan blog ini.

Kepada yang akan mendaftar, insyaAllah kita akan bertemu pada 17 September nanti di Shahputra Convention Centre dan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan ke Putrajaya International Convention Centre, 12 September ini, pihak UCSA juga akan berada di sana. Jangan lupa mengunjungi kami di sana... :)

ORIENTASI MBBS UCSA

Selamat tengah hari semua pengunjung blog Pre-Medic (Foundation in Science) UCSA. Sementara anda semua sedang mengadap juadah makan tengah hari tu, Admin nak kongsi sikit aktiviti pelajar-pelajar MBBS yang mendaftar minggu lepas. Buat adik-adik Foundation, kelas dah mula sehari selepas pendaftaran. Target dapat 3.0 ke atas, insyaAllah, berpeluang mengikuti sesi orientasi macam akak-akak dan abang-abang senior ni..





REWANG RAYA UCSA 2013

Assalammualaikum & selamat pagi semua...

Admin rasa x terlambat lagi, jika nak berkongsi dengan pengunjung blog ini mengenai kemeriahan Syawal di UCSA. Walaupun dah tiba ke penghujungnya, keriangan masih dapat dirasakan dengan penganjuran Rewang Raya UCSA 2013. Admin tak nak berceloteh panjang, jom sama-sama saksikan kenangan Rewang Raya UCSA ini...











Terima kasih kepada Pengasas UCSA, Dato' Dr. Haji Azman Zaini Abd. Ghanie bersama-sama isteri, Pengasas Bersama UCSA, Datin Hajah Suzieyati Bt. Hj. Idham di atas idea Rewang Raya UCSA 2013


Tuesday 3 September 2013

SELAMAT PAGI UCSA!!!

Selamat pagi Malaysia, Selamat pagi UCSA!!! Laungan semangat dari Courtyard UCSA bergema hasil gabungan pelajar MBBS, Foundation dan Diploma Pengajian Sukan UiTM untuk sesi senamrobik. Walaupun berbeza dari segi program dan pengkhususan, semangat itu tetap satu. Well done, guysss!!!







Monday 2 September 2013

PELUANG MASIH DIBUKA UNTUK KE FOUNDATION IN SCIENCE UCSA SEPTEMBER 2013

Sekali lagi hari ini Admin muncul untuk satu berita baik kepada anda semua yang berminat untuk menyambung pengajian ke Foundation in Science UCSA bagi sesi September 2013. Kami di UCSA faham dengan situasi terkini di mana terdapat pelbagai rumours ataupun khabar angin berkenaan dengan tarikh pendaftaran pelajar ke UCSA ni.

Mulanya Admin terbaca di satu blog ni, tarikh pendaftaran ditunda ke 16 September 2013, tiba-tiba semalam tarikh dari 16 bertukar pula ke 17 September 2013. Ingin Admin jelaskan sekali lagi kepada adik-adik, ibu bapa dan mana-mana pihak yang berminat dengan Foundation in Science UCSA, pihak UCSA tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tarikh-tarikh di atas melainkan tarikh rasmi pendaftaran MBBS and Foundation in Science UCSA, pada 2 September 2013 (Semalam).

Kepada para pelajar yang masih lagi berminat dengan Foundation in Science, anda masih boleh mendaftar sehingga Jumaat ini. Kami mengalu-alukan kehadiran anda di UCSA dan rebutlah peluang yang masih dibuka ini.

Sekitar Hari Pendaftaran Pelajar Foundation in Science & MBBS UCSA Ambilan September 2013

Assalammualaikum, selamat pagi dan salam keceriaan dari Admin buat anda semua. Semalam merupakan hari yang amat penting buat kami di UCSA sempena pendaftaran pelajar baru untuk 2 program yang mendapat permintaan hangat dalam dunia pendidikan, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. Alhamdulillah, semalam kesemua pelajar yang memohon dan menanti sekian lama untuk peluang ini akhirnya mendapat tempat di UCSA.

 Tahniah dan Selamat Datang ke UCSA!!!

Pelajar sedang menunggu di kaunter pengesahan sebelum pendaftaran

Penerangan berkenaan penginapan

Staff membantu ketika sesi permohonan Online Pinjaman MARA

Sesi pendaftaran sekitar jam 10 pagi

Salah seorang pelajar MBBS dalam proses permohonan Online Pinjaman MARA

Pelajar Foundation dan ibu bapa beratur di Kaunter Penerangan Foundation in Science

Menunggu keputusan pinjaman MARA

Pendaftaran yang masih lagi berlangsung ketika taklimat ibu bapa

Pegawai membantu ketika sesi permohonan Pinjaman MARA secara online

Taklimat bersama ibu bapa di Auditorium UCSA