Marquee

Selamat datang ke blog rasmi Pre-Medic Shahputra | Sebarang maklumat lanjut sila layari www.universitycollegeshahputra.edu.my atau hubungi kami di talian 09.573.7777 atau terus kepada 0113.913.5871

Friday 30 August 2013

CHECK THIS OUT...

Post yang terakhir untuk hari ini adalah berkenaan dengan penginapan UCSA. Nak tau lebih lanjut, Isnin nnt (2 Sep) berhubung terus dengan Kaunter Penginapan UCSA ketika sesi pendaftaran.. SELAMAT HARI MERDEKA!!!





PENGUMUMAN PENTING!!!

Assalammualaikum dan Selamat Petang...

Perhatian kepada semua pelajar Foundation dan MBBS yang bakal mendaftar pada 2 September ini di University College Shahputra, Kuantan. Pihak universiti tidak pernah mengumumkan penangguhan tarikh pendaftaran di mana-mana blog mahupun laman sosial. Sekiranya anda tidak hadir pada 2 September ini untuk pendaftaran, secara langsungnya permohonan anda akan terbatal dan akan dibuka kepada para pelajar dalam senarai menunggu. 

Sebarang khabar angin berkenaan dengan isu ini hendaklah dirujuk secara terus kepada pihak universiti di talian 09-5737777.

Thursday 29 August 2013

WOWW!!! DISKAUN???

Assalammualaikum semuanya. Apa khabar? Dah lama rasanya admin tak jenguk ke blog Pre-Medic @ Asasi Sains UCSA ni. Al-maklumlah terlampau sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar MBBS dan Foundation yang bakal berlangsung Isnin, 2 September 2013 ni. Walaupun begitu, hari ni admin dah nekad nak update juga blog ni supaya tak bersawang. Selain tu, admin juga nak mengucapkan tahniah kepada pelajar Diploma Komunikasi dan Media, UiTM-UCSA kerana telah berjaya menghasilkan Jalur Gemilang yang terbesar di Pahang, semalam.

Hari ni, admin nak bagi tau kepada semua yang sentiasa melawat, baru melawat ataupun yang bakal melawat blog ini tentang satu berita baik. Beritanya adalah, pihak UCSA akan memberikan DISKAUN kepada para pelajar yang datang mendaftar pada 2 September nanti untuk program Foundation in Science UCSA. Nak tau apakah DISKAUN yang akan diberikan, sila berhubung terus dengan Bahagian Kemasukan Pelajar UCSA di talian 09-5737777. Mesti ramai yang tak akan percaya apakah yang bakal diberikan oleh UCSA kepada anda. 

Jadi apa tunggu lagi, mulakan langkah anda di pagi ini dengan menghubungi kami di UCSA. Kami sedang menunggu anda. :)

Monday 26 August 2013

PENGALAMAN A-LEVEL MELAHIRKAN ASASI SAINS UCSA

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui, sebelum ini Shahputra pernah mengendalikan program A-LEVEL tajaan MARA. Itu beberapa tahun yang lepas. A-LEVEL yang pernah dikendalikan di sini sebenarnya adalah program persediaan pelajar untuk ke Australia (1 1/2 tahun) dan juga ke United Kingdom (2 tahun). Keseluruhan pelajar yang pernah dikendalikan berjumlah 76 orang pada ketika itu. Kesemua mereka telah mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke tahap yang seterusnya, di mana 80% telah berjaya menempatkan diri ke universiti luar negara. Apa yang menariknya, hampir kesemua mereka telah mengikuti program Perubatan di universiti yang ditawarkan. 

Berdasarkan pencapaian kami melalui program A-LEVEL yang lepas, keyakinan dan semangat ini diteruskan lagi dengan kelahiran program terbaru iaitu Foundation in Science atau Asasi Sains UCSA. Berbekalkan tenaga Akademik yang berpengalaman untuk mendidik dan menyediakan para pelajar ke tahap yang lebih tinggi, Shahputra yakin dapat melahirkan para pelajar generasi baru yang setanding dengan kualiti pelajar A-LEVEL yang lepas. Jika dahulu produk Shahputra disalurkan kepada universiti-universiti bertaraf antarabangsa, kali ini pelajar-pelajar Asasi Sains UCSA akan terus diserapkan ke program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UCSA sendiri. InsyaAllah, berbekalkan semangat ini juga kami yakin, University College Shahputra mampu untuk melahirkan pelajar-pelajar setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia di masa hadapan khususnya dalam bidang perubatan. 

Jadi, apa tunggu lagi??? Kami telah membuktikan keupayaan kami dalam menyediakan pelajar ke taraf antarabangsa. Anda pula, buktikan kemampuan diri sendiri untuk menyinar sebagai bakal pelajar bertaraf dunia dengan menyambung pengajian anda di sini. 

University College Shahputra (UCSA), Kecemerlangan Tiada Tandingan.

Thursday 22 August 2013

Akreditasi oleh MQA


Tawaran Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Hai & Assalamualaikum semua! Sempena hari Jumaat yang mulia ini, terdapat satu berita gembira buat saudara/i di luar sana yang telah terpilih oleh pihak MARA untuk mendapat tawaran bantuan pinjaman pelajaran sepenuhnya oleh MARA.

Berikut adalah nama-nama yang telah terpilih untuk mendapat tawaran bantuan pinjaman pelajaran MARA:


  1. Muhammad Nadzir bin Mat Latif
  2. Atikah Athirah binti Abdul Wahid
  3. Khaleeda binti Khalid
  4. Mardiana bt Mardan
  5. Muhammad Hazriq bin Arshad
  6. Najihah Farhana binti Hassan
  7. Amirah Fareeza binti Yahaya

MARA dengan sukacitanya menawarkan bantuan pinjaman pelajaran kepada saudara/i bagi mengikuti pengajian seperti berikut:


  • PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN
        Kursus    : Perubatan
        Tempoh  : 1 Tahun (08/2013 - 07/2014)
        Institusi  : University College Shahputra, Kuantan

  • PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
        Kursus    : Perubatan
        Tempoh  : 5 Tahun (09/2014 - 08/2019)
        Institusi  : University College Shahputra, Kuantan

Jutaan TAHNIAH buat semua!

Penginapan Siswa & Siswi


UCSA menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif kepada semua pelajar dengan yuran penginapan yang paling minimum iaitu MYR120 setiap bulan termasuk bil air, api & pengangkutan. 

Semua pelajar semester 1 wajib tinggal di asrama yang disediakan kecuali pelajar yang berasal dari kawasan Kuantan dan dengan pengesahan ibubapa.

Pelajar semester 1 yang masih ingin terus tinggal di asrama boleh membuat permohonan dengan Unit Penginapan UCSA.


Elaun Sara Hidup

Kesemua pelajar yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di University College Shahputra (UCSA) akan diberikan elaun sara hidup sebanyak MYR200 - MYR600 sebulan** dan bantuan kewangan bagi pinjaman MARA/PTPTN akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak UCSA.

** tertakluk kepada terma dan syarat

Tuesday 20 August 2013

Ada Apa Dengan Sidang Akhbar UCSA???


Hai & Assalamualaikum semua! Apa khabar harini? Pagi tadi admin agak sibuk dengan Sidang Akhbar tergempar. Sekarang baru ada kesempatan untuk update blog ini. Jadi, apa cerita ye pasal sidang akhbar pagi tadi?

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan isu pergolakan di Mesir. Dalam masa yang sama, terdapat ramai pelajar Malaysia di sana. Kebanyakan daripada mereka mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air atas faktor keselamatan sekaligus terpaksa menangguh atau menamatkan pengajian di sana.

Justeru, fenomena ini telah membuka mata warga University College Shahputra (UCSA) untuk menawarkan tempat pengajian bagi pelajar-pelajar Ijazah Perubatan yang berminat untuk meneruskan sesi pengajian mereka yang tertangguh di Mesir.**

Kepada mereka yang membaca blog ini, dialu-alukan untuk menyebarkan informasi yang baru sahaja dinyatakan ini kepada mana-mana pelajar Malaysia di Mesir yang telah pulang/bakal pulang ke tanah air. Semoga dengan informasi ini, dapat membantu mereka yang berminat untuk terus melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di bumi Malaysia yang aman ini.

Sekian sahaja untuk post kali ini.

Syukran Jazzilan. Terima kasih.

** = Bergantung pada terma dan syarat

Sunday 18 August 2013

Yuran Asasi Sains Perubatan Shahputra

Hai & Assalamualaikum semua! Apa khabar? Dah buat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan anda? Sekiranya masih belum lagi, hari ini kami membawa berita gembira untuk anda semua di luar sana berkenaan dengan kos Asasi Sains Perubatan.

Untuk pengetahuan anda, yuran pengajian kami adalah antara yang paling rendah di Malaysia. Bermula dengan MYR500 untuk bayaran pendaftaran, beserta dengan MYR100 untuk deposit penginapan dan juga MYR120 sehingga MYR250 untuk sewa penginapan bagi bulan pertama.

Mengapa anda perlu memilih Asasi Sains Perubatan UCSA??? 

  • Yuran pengajian sebanyak MYR9000 untuk sepanjang pengajian iaitu selama setahun.
  • Diskaun sebanyak MYR500 akan diberikan sekiranya mendapat gred A untuk subjek Bahasa Inggeris, Biologi, Fizik, Kimia & Matematik/Matematik Tambahan.**
  • Diskaun sebanyak MYR300 akan diberikan sekiranya mendapat gred A untuk subjek Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Bahasa Melayu, Sejarah, English for Science and Technology (EST) & Teknologi Maklumat.**
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan maklumat kewangan bagi program ini, dialu-alukan untuk menghubungi kami di talian 09.573.7777 atau layari laman web University College Shahputra.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!

Friday 16 August 2013

Pre Medic Shahputra (Asasi Sains Shahputra)

Hai & assalamualaikum semua!
Mesti ada yang dekat luar sana tertanya-tanya kan, apa sebenarnya Pre Medic Shahputra ni? Haaa kalau adik-adik semua nak tahu, Pre Medic Shahputra ini sebenarnya Asasi Sains Shahputra.

Asasi Sains ini dijalankan selama 1 (satu) tahun bersamaan dengan 3 (tiga) semester.

Program ini dijalankan sepenuhnya di Kolej Universiti Shahputra, Kuantan.

Untuk melayakkan diri adik-adik ke program Asasi Sains ini, adik-adik hendaklah memenuhi syarat minimum yang telah ditetapkan oleh pihak KPT. Disini saya nyatakan syarat-syarat minimum bagi program Asasi Sains.







Tarikh Kemasukan Bagi Sesi 2013

19 Ogos 2013 (Isnin)

Masa:
0900 pagi hingga 0430 petang

Bertempat di:
Kolej Universiti Shahputra,
BIM Point,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!