Marquee

Selamat datang ke blog rasmi Pre-Medic Shahputra | Sebarang maklumat lanjut sila layari www.universitycollegeshahputra.edu.my atau hubungi kami di talian 09.573.7777 atau terus kepada 0113.913.5871

Tuesday 5 November 2013

SELAMAT MENDUDUKI SPM!

Selamat menduduki SPM 2013 buat semua adik-adik yang lahir pada Tahun 1996. Di sini, kami warga UCSA ingin mengucapkan selamat maju jaya buat anda semua ketika menjawab kertas soalan peperiksaan. Diharap adik-adik telah pun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan ini.

Berikut merupakan pesanan khas dari kami untuk adik-adik sempena musim peperiksaan ini:

  1. Jaga kesihatan anda.
  2. Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
  3. Jangan mudah putus asa.
  4. Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajjud dan sebagainya.
  5. Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan.
  6. Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa dan guru sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan.
  7. Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan.
  8. Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang.
  9. Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.

Jangan lupa untuk mengunjungi kami di pameran-pameran pendidikan sepanjang tahun hadapan (2014) untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di University College Shahputra.

Subjek Asasi Sains Sepanjang Tempoh Pengajian

Hai! Salam 1 Malaysia & Salam Maal Hijrah, semuanya!

Baru ni masing-masing dapat cuti lama kan? Agak-agak buat apa ye semasa cuti tersebut? Kami harap adik-adik menggunakan cuti dengan sebaiknya lah ye. Cuti, cuti juga. Study jangan lupa. Hehehe.

Ok baiklah. Ada diantara adik-adik diluar sana yang tahu apa yang perlu dipelajari sepanjang tempoh 3 Semester bagi program Asasi Sains di UCSA. So disini kami nyatakan kesemua subjek yang perlu diambil sepanjang tempoh pengajian.