Marquee

Selamat datang ke blog rasmi Pre-Medic Shahputra | Sebarang maklumat lanjut sila layari www.universitycollegeshahputra.edu.my atau hubungi kami di talian 09.573.7777 atau terus kepada 0113.913.5871
Showing posts with label subjek. Show all posts
Showing posts with label subjek. Show all posts

Tuesday, 5 November 2013

Subjek Asasi Sains Sepanjang Tempoh Pengajian

Hai! Salam 1 Malaysia & Salam Maal Hijrah, semuanya!

Baru ni masing-masing dapat cuti lama kan? Agak-agak buat apa ye semasa cuti tersebut? Kami harap adik-adik menggunakan cuti dengan sebaiknya lah ye. Cuti, cuti juga. Study jangan lupa. Hehehe.

Ok baiklah. Ada diantara adik-adik diluar sana yang tahu apa yang perlu dipelajari sepanjang tempoh 3 Semester bagi program Asasi Sains di UCSA. So disini kami nyatakan kesemua subjek yang perlu diambil sepanjang tempoh pengajian.


Tuesday, 17 September 2013

Pameran di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua!

Tanggal 12 September 2013 yang lalu, telah berlangsungnya satu sesi taklimat dan perjumpaan pelajar dan ibubapa dengan badan-badan professional bersama pihak IPT yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Disamping memberikan maklumat mengenai program Foundation in Science dan juga MBBS, pihak UCSA juga telah membuat satu sesi profiling bagi program MBBS sepanjang hari tersebut.


Para pelajar bersama ibubapa mendapatkan penjelasan daripada pihak UCSA

Dr. Mahmood bin Abu Yusoof, Pemangku Dekan Fakulti Perubatan UCSA bersama pelajar yang ingin ditemuduga bagi program MBBS

Tuesday, 10 September 2013

HELLO, Putrajaya!

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua! Disini terdapat satu berita baik untuk adik-adik diluar sana.

Satu sesi taklimat dan perjumpaan pelajar dengan badan-badan professional bersama pihak IPT yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam akan diadakan pada 12 September 2013 (Khamis).

Perjumpaan ini diadakan sebagai satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat jika mereka berminat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Ibu bapa dan pelajar dijemput hadir ke:


  • Lokasi: Dewan Za'aba, Aras Tanah, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya.
  • Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang


Program ini akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II.

Jumpa anda disana!

Monday, 9 September 2013

BLOG PRE-MEDIC UCSA BERWAJAH BARU???

Setelah dipersetujui dengan beberapa siri perbincangan, kini blog Pre-Medic UCSA akan berwajah baru. Sebenarnya tak lah berubah banyak mana pun. Cuma lebih jelas dan mesra pengguna. Apa pun, Admin bagi pihak UCSA mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi mengikuti perkembangan blog ini dari semasa ke semasa. Kalau malu nak bertanya secara panggilan telefon, anda boleh mengajukan sebarang soalan di Chat Box yang terdapat di sudut kanan blog ini.

Kepada yang akan mendaftar, insyaAllah kita akan bertemu pada 17 September nanti di Shahputra Convention Centre dan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi yang akan ke Putrajaya International Convention Centre, 12 September ini, pihak UCSA juga akan berada di sana. Jangan lupa mengunjungi kami di sana... :)

ORIENTASI MBBS UCSA

Selamat tengah hari semua pengunjung blog Pre-Medic (Foundation in Science) UCSA. Sementara anda semua sedang mengadap juadah makan tengah hari tu, Admin nak kongsi sikit aktiviti pelajar-pelajar MBBS yang mendaftar minggu lepas. Buat adik-adik Foundation, kelas dah mula sehari selepas pendaftaran. Target dapat 3.0 ke atas, insyaAllah, berpeluang mengikuti sesi orientasi macam akak-akak dan abang-abang senior ni..





REWANG RAYA UCSA 2013

Assalammualaikum & selamat pagi semua...

Admin rasa x terlambat lagi, jika nak berkongsi dengan pengunjung blog ini mengenai kemeriahan Syawal di UCSA. Walaupun dah tiba ke penghujungnya, keriangan masih dapat dirasakan dengan penganjuran Rewang Raya UCSA 2013. Admin tak nak berceloteh panjang, jom sama-sama saksikan kenangan Rewang Raya UCSA ini...











Terima kasih kepada Pengasas UCSA, Dato' Dr. Haji Azman Zaini Abd. Ghanie bersama-sama isteri, Pengasas Bersama UCSA, Datin Hajah Suzieyati Bt. Hj. Idham di atas idea Rewang Raya UCSA 2013


Tuesday, 3 September 2013

SELAMAT PAGI UCSA!!!

Selamat pagi Malaysia, Selamat pagi UCSA!!! Laungan semangat dari Courtyard UCSA bergema hasil gabungan pelajar MBBS, Foundation dan Diploma Pengajian Sukan UiTM untuk sesi senamrobik. Walaupun berbeza dari segi program dan pengkhususan, semangat itu tetap satu. Well done, guysss!!!







Monday, 26 August 2013

PENGALAMAN A-LEVEL MELAHIRKAN ASASI SAINS UCSA

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui, sebelum ini Shahputra pernah mengendalikan program A-LEVEL tajaan MARA. Itu beberapa tahun yang lepas. A-LEVEL yang pernah dikendalikan di sini sebenarnya adalah program persediaan pelajar untuk ke Australia (1 1/2 tahun) dan juga ke United Kingdom (2 tahun). Keseluruhan pelajar yang pernah dikendalikan berjumlah 76 orang pada ketika itu. Kesemua mereka telah mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke tahap yang seterusnya, di mana 80% telah berjaya menempatkan diri ke universiti luar negara. Apa yang menariknya, hampir kesemua mereka telah mengikuti program Perubatan di universiti yang ditawarkan. 

Berdasarkan pencapaian kami melalui program A-LEVEL yang lepas, keyakinan dan semangat ini diteruskan lagi dengan kelahiran program terbaru iaitu Foundation in Science atau Asasi Sains UCSA. Berbekalkan tenaga Akademik yang berpengalaman untuk mendidik dan menyediakan para pelajar ke tahap yang lebih tinggi, Shahputra yakin dapat melahirkan para pelajar generasi baru yang setanding dengan kualiti pelajar A-LEVEL yang lepas. Jika dahulu produk Shahputra disalurkan kepada universiti-universiti bertaraf antarabangsa, kali ini pelajar-pelajar Asasi Sains UCSA akan terus diserapkan ke program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UCSA sendiri. InsyaAllah, berbekalkan semangat ini juga kami yakin, University College Shahputra mampu untuk melahirkan pelajar-pelajar setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia di masa hadapan khususnya dalam bidang perubatan. 

Jadi, apa tunggu lagi??? Kami telah membuktikan keupayaan kami dalam menyediakan pelajar ke taraf antarabangsa. Anda pula, buktikan kemampuan diri sendiri untuk menyinar sebagai bakal pelajar bertaraf dunia dengan menyambung pengajian anda di sini. 

University College Shahputra (UCSA), Kecemerlangan Tiada Tandingan.