Berikut merupakan pesanan khas dari kami untuk adik-adik sempena musim peperiksaan ini:
- Jaga kesihatan anda.
- Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
- Jangan mudah putus asa.
- Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajjud dan sebagainya.
- Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan.
- Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa dan guru sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan.
- Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan.
- Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang.
- Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.
Jangan lupa untuk mengunjungi kami di pameran-pameran pendidikan sepanjang tahun hadapan (2014) untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di University College Shahputra.