Marquee

Selamat datang ke blog rasmi Pre-Medic Shahputra | Sebarang maklumat lanjut sila layari www.universitycollegeshahputra.edu.my atau hubungi kami di talian 09.573.7777 atau terus kepada 0113.913.5871
Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

Pameran di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua!

Tanggal 12 September 2013 yang lalu, telah berlangsungnya satu sesi taklimat dan perjumpaan pelajar dan ibubapa dengan badan-badan professional bersama pihak IPT yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Disamping memberikan maklumat mengenai program Foundation in Science dan juga MBBS, pihak UCSA juga telah membuat satu sesi profiling bagi program MBBS sepanjang hari tersebut.


Para pelajar bersama ibubapa mendapatkan penjelasan daripada pihak UCSA

Dr. Mahmood bin Abu Yusoof, Pemangku Dekan Fakulti Perubatan UCSA bersama pelajar yang ingin ditemuduga bagi program MBBS

Thursday, 22 August 2013

Akreditasi oleh MQA


Penginapan Siswa & Siswi


UCSA menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif kepada semua pelajar dengan yuran penginapan yang paling minimum iaitu MYR120 setiap bulan termasuk bil air, api & pengangkutan. 

Semua pelajar semester 1 wajib tinggal di asrama yang disediakan kecuali pelajar yang berasal dari kawasan Kuantan dan dengan pengesahan ibubapa.

Pelajar semester 1 yang masih ingin terus tinggal di asrama boleh membuat permohonan dengan Unit Penginapan UCSA.


Elaun Sara Hidup

Kesemua pelajar yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di University College Shahputra (UCSA) akan diberikan elaun sara hidup sebanyak MYR200 - MYR600 sebulan** dan bantuan kewangan bagi pinjaman MARA/PTPTN akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak UCSA.

** tertakluk kepada terma dan syarat