Marquee

Selamat datang ke blog rasmi Pre-Medic Shahputra | Sebarang maklumat lanjut sila layari www.universitycollegeshahputra.edu.my atau hubungi kami di talian 09.573.7777 atau terus kepada 0113.913.5871

Tuesday 20 August 2013

Ada Apa Dengan Sidang Akhbar UCSA???


Hai & Assalamualaikum semua! Apa khabar harini? Pagi tadi admin agak sibuk dengan Sidang Akhbar tergempar. Sekarang baru ada kesempatan untuk update blog ini. Jadi, apa cerita ye pasal sidang akhbar pagi tadi?

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan isu pergolakan di Mesir. Dalam masa yang sama, terdapat ramai pelajar Malaysia di sana. Kebanyakan daripada mereka mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air atas faktor keselamatan sekaligus terpaksa menangguh atau menamatkan pengajian di sana.

Justeru, fenomena ini telah membuka mata warga University College Shahputra (UCSA) untuk menawarkan tempat pengajian bagi pelajar-pelajar Ijazah Perubatan yang berminat untuk meneruskan sesi pengajian mereka yang tertangguh di Mesir.**

Kepada mereka yang membaca blog ini, dialu-alukan untuk menyebarkan informasi yang baru sahaja dinyatakan ini kepada mana-mana pelajar Malaysia di Mesir yang telah pulang/bakal pulang ke tanah air. Semoga dengan informasi ini, dapat membantu mereka yang berminat untuk terus melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di bumi Malaysia yang aman ini.

Sekian sahaja untuk post kali ini.

Syukran Jazzilan. Terima kasih.

** = Bergantung pada terma dan syarat

No comments:

Post a Comment